
Bukan Sekadar Menjual Tools. Kami Bantu Anda Pilih Yang Betul.
Wei Li Hardware bermula pada tahun 2004 dengan satu tujuan yang mudah — membantu pelanggan mendapatkan tools dan mesin yang betul untuk kerja mereka.
Sepanjang lebih 20 tahun dalam bidang ini, kami sedar bahawa memilih sebuah mesin bukan semudah yang disangka.
Terlalu banyak brand, model, spesifikasi dan harga untuk dibandingkan. Bagi mereka yang baru pertama kali menggunakan mesin, membuat pilihan yang betul boleh jadi lebih mengelirukan.
Sebab itu kami percaya, sebuah kedai hardware sepatutnya buat lebih daripada sekadar letak barang atas rak dan menjualnya kepada pelanggan.
Di Wei Li Hardware, kami galakkan pelanggan untuk tengok, pegang dan cuba sendiri sebelum membeli.
Team kami akan cuba faham dahulu kerja dan keperluan anda, terangkan perbezaan antara mesin, tunjuk cara penggunaan dan, jika sesuai, beri peluang untuk anda test serta compare sendiri sebelum membuat keputusan.
Sama ada ini power tool pertama anda ataupun mesin yang anda gunakan setiap hari untuk bekerja, matlamat kami tetap sama:
Bukan sekadar nak jual satu mesin — kami nak bantu anda pilih mesin yang betul.
Kami juga percaya bahawa tanggungjawab kami tidak berhenti selepas mesin keluar dari kedai.
Mesin memerlukan penjagaan, servis dan kadang-kadang repair. Sebab itu after-sales service, repair dan technical support sentiasa menjadi sebahagian penting daripada servis kami.
Hari ini, Wei Li Hardware memberi fokus kepada Power Tools, Mesin Welding dan Professional Machinery, melayani pelanggan daripada first-time user, technician dan tradesman sehinggalah contractor, kilang dan business.
Selepas lebih 20 tahun, satu perkara masih tidak berubah:
Kami mahu pelanggan betul-betul faham apa yang mereka beli, yakin apabila menggunakannya, dan tahu bahawa kalau perlukan bantuan selepas itu, mereka masih boleh kembali kepada kami.
KAMI TAK SURUH PERCAYA.
KAMI SURUH CUBA.
Pilih betul. Cuba sendiri. Beli dengan yakin.









































